Copyright © by amirulsafri.

| Attention |


Akhirnya Final sudah pun selesai. Selamat pulang ke kampung kawan-kawan. Jumpa lagi... Jaga diri baik baik. Selalu selalu lah melawat website kelas kita ini...

Result Semester Akhir

Wednesday, December 30, 2009
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekarang kita menghampiri penghujung tahun iaitu penutup kepada tahun 2009
Tak lama lagi keputusan peperiksaan akhir akan dikeluarkan.
Pada waktu itu juga lah orang ramai sibuk nak sambut tahun baru dan mungkin sibuk untuk melihat keputusan peperiksaan.
Kemungkinan ada juga yang takut untuk melihat keputusan masing. Yelah semester akhir dimana semua mata dihimpun.
Dan dari situ kita dapat rasai kesibukkan server website
Politeknik Ungku Omar

Klik Sini Untuk Papar Keputusan

Jadi dengan itu saya akan cuba mendapatkan kesemua keputusan peperiksaan anda dan akan sertakan sekali pautan dalaman ke slip keputusan peperiksaan.
Jika anda ingin saya masukkan keputusan anda ke peti masuk email anda.
sila tinggalkan alamat email anda di ruangan comment.

Sekian, Terima kasih.

Berakhirnya Aktiviti Semester Akhir

Friday, December 18, 2009
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah akhirnya selesai sudah aktiviti penutup bagi semester akhir pada tahun 2009.

Aktiviti berlangsung pada 16 Disember pukul 10.00 pagi.
Seramai 18 orang diantaranya adalah
lelaki : hilmi, syuib, shazwan, solehin, amirul, anuar, afiq, syahirul dan zhafri
perempuan : liya, fazlin, farhanalisa, mazirah, ruhaya, anis, shawalhani malissa dan akma.

Sampai saja terus beli tiket dengan menggunakan baucar. Anggaran harga tiket untuk semua RM 360.00.
Banyak tu nasib baik tak sewa locker.



























Aktiviti malamnya pula setelah penat
bermain air, menjerit, dan dilemaskan tibalah masa jamuan makan malam di
Medan Selera Taman Cempaka.
Wajah masing masing kelihatan penat dan mengantuk
tetapi semua ini meninggalkan memori yang amat bermakna sekali kerana dapat bersama-sama rakan rakan seperjuangan.









Diharap selepas ini kita semua dapat berkumpul satu kelas dan diharap semua orang dapat memberi kerjasama, dan mungkin waktu konvokesyen nanti kita semua dapat meluangkan masa sehari bersama untuk berkumpul ramai-ramai.
Sekian

Aktiviti semester akhir

Sunday, December 13, 2009
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Baru baru ini keputusan telah pun dibuat disebabkan ramai yang meminta untuk mengadakan
aktiviti akhir ini di

LOST WORLD OF TAMBUN

atas sebab sebab tertentu seperti

1. Lokasi tidak jauh dan tidak sampai 10km
2. Tidak memerlukan modal yang banyak
3. Banyak kemudahan awam tersedia
4. Syahirul Anwar memiliki baucar masuk yang membolehkan kita masuk pada harga RM 19.00 sahaja.
5. Tempat yang menarik untuk dikunjungi.
6. Ada juga dikalangan kita yang tidak pernah menjejakan kaki di dalam taman tema ini.

Permintaan kami semoga aktiviti kali ini menjadi dan semua daripada kita sepakat.
Kerana sepakat membawa berkat. Dan selepas ini kita semua akan membawa diri dengan kerjaya masing-masing. Dan jika ada masa akan datang kita akan mengadakan REUNION.

Tarikh: 17 Disember 2009
Waktu: 8.00 am
Aturcara: kita berkumpul terlebih dahulu untuk sarapan pagi di Restoran Sahul ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan kita. kerana semua keperluan disana dikenakan charge seperti
Locker
Makanan
Pelampung

murah bukan

Antara model-model yang tidak berbayar



p/s: Transport kita ke sana dengan kereta Anuar Zaini

JEMPUTAN PERKAHWINAN

Tuesday, December 8, 2009

dijemput kawan-kawan
dtk 6a ke kenduri
perkahwinan abang kepada syahirul..

pada
27/ 12/ 2009

di
no7. taman damai,
33100 pengkalan hulu,
perak.

rujuk kad jemputan untuk maklumat lanjut....












Selesai sudah modul E5163 Rekabentuk Litar Bersepadu

Assalamualaikum...
Selesai satu lagi modul kami E5163 Rekabentuk Litar Bersepadu
pending lagi 3 paper
fuh lega dalam hati balik ni bley tido dgn nyenyak.
disebabkan tidak cukup tido 2 hari ni.
minggu depan ada 2 paper lagi bagi yang tak mengambil CMOS
yang mengambil CMOS lusa ni ada paper.


Alhamdulillah selesai gak kami mentelaah dan memerah otak untuk di taburkan pada kertas jawapan

Selesai sudah modul E5061 Matematik Kejuruteraan 5

Monday, December 7, 2009
Assalamualaikum...
Selesai sudah modul pertama kami iaitu E5061 Matematik Kejuruteraan 5.
4 paper lagi sedang pending.
hari isnin 7 disember 2009
waktunya pukul 8.30-10.30
bertempat di BL2

gambar diambil semasa kertas jawapan sedang dikutip

wajah wajah gembira selepas menjawab paper matematik
padahal ceria sebab dapat duit saham koperasi
dalam hati kata "alamak tak dapat buat math tadi la"

yang ni pun sama. Anuar poket dah kembung dgn RM 14.00

Trip from Ipoh to Batu Kurau

Sunday, December 6, 2009


Assalamualaikum.


Seperti dalam rancangan minggu ini konvoi ke rumah Syuib di Batu Kurau untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Kakaknya.
Kami disini mengucapkan Selamat Pengantin baru dan semoga berbahagia.

Seramai 11 orang terdiri daripada
Solehin, Shazuan, Amirul, Anas, Afandi, Hafiz TY, Fazlin, Anuar, Hafiz MK, Fadyl dan Syahirul
bertolak daripada Taman Ipoh Jaya pada pukul 11 pagi dengan 2 Jentera buatan Proton.

Gambar selebihnya akan menyusul
Related Posts with Thumbnails
 
Creative Commons License
Photo by electcomp is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.
Based on a work at electcomp0709.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at http://electcomp0709.blogspot.com/.