Copyright © by amirulsafri.

Photobucket
| Attention |


Akhirnya Final sudah pun selesai. Selamat pulang ke kampung kawan-kawan. Jumpa lagi... Jaga diri baik baik. Selalu selalu lah melawat website kelas kita ini...

Lawak Jenaka

Saturday, March 26, 2011

Cara Mengelak Dirompak

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)


Lima Fasha

Suatu hari Milah membawa kelima-lima anak gadisnya untuk diperiksa oleh Dr. Rizal. Doktor hairan kerana kelima-lima anak Milah mempunyai nama yang sama iaitu Fasha. Dr. Rizal berasa amat kehairanan bagaimanakah caranya jika Milah ingin memanggil salah seorang anaknya jika ada sesuatu. Dengan selamba badak Milah menjawab : “apa yang susah, cukup dengan memanggil nama bapanya, mereka akan datang dengan sendiri” ”boleh ke macam tu?” tanya Dr. Rizal ”Betulla. Kan kelima-lima bapa mereka berlainan”


Jangan Takut

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”

“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”

“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”

Related Posts with Thumbnails
 
Creative Commons License
Photo by electcomp is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.
Based on a work at electcomp0709.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at http://electcomp0709.blogspot.com/.